|
 |
Pengerusi |
 |
YDH Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato’ Sri Wan Hj. Abdul Wahid bin Hj. Wan Hassan
SSAP.,SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP.
Berumur 62 tahun, Dato’ Sri Wan Hj. Abdul Wahid bin Hj. Wan Hassan merupakan Pengerusi Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd. sejak 01hb. Mei 2001. Dato’Sri juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang mulai Disember 2000 sehingga kini. Beliau memperolehi Diploma Pentadbiran Awam pada tahun 1971 dari Universiti Malaya. Kemudiannya beliau memperolehi Sijil Pengurusan Lanjutan dari University of Pittsburg, USA pada tahun 1985 dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1988 dan |
kemudiannya memperolehi Sijil Pentadbiran Pengurusan Sumber Tanah dari University of Cambridge, UK pada tahun 1997. Beliau juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Sejarah Malaysia bagi Cawangan Negeri Pahang sehingga kini.
Dato’ Sri mempunyai rekod yang cemerlang dalam perkhidmatan awam dan pernah memegang jawatan Pengerusi di Jabatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang dari September 2000 hingga Disember 2000. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai sebagai Pegawai Daerah Hulu Selangor dan Pegawai Daerah Kuala Selangor pada tahun 1971 sehingga 1975. Pada tahun 1976 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang di Jabatan SUK Pahang. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Pegawai Kemajuan Negeri Pahang pada tahun 1978 sehingga 1989.
Pada tahun 1989, beliau telah memegang jawatan sebagai Pengarah Tanah Dan Galian Pahang sehingga tahun 1990 dan kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pengarah Perpaduan Negara di Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat pada tahun 1990. Pada tahun 1992, beliau telah memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian di Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi sehingga tahun 1995. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan di Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi dari tahun 1995 sehingga tahun 1999.
Dato’ Sri seorang yang berkarisma tinggi dan berpandangan jauh serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang telus dan berwawasan bagi menjadikan Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd. sebuah pusat perubatan Islam yang unggul di Negeri Pahang Darul Makmur.
|