Syarat-Syarat Kredit

1. Permohonan Klinik Panel

    Syarat-syarat:-
  • Permohonan adalah terbuka kepada syarikat sendirian berhad atau syarikat berhad yang mempunyai kakitangan serta tanggungannya sekurang-kurangnya 10 orang.
  • Mengemukakan surat rasmi perlantikan panel dengan menyetujui sebutharga kadar bayaran rawatan perkhidmatan perubatan berserta borang permohonan.
  • Menghantar senarai nama pekerja dan tanggungan yang layak menerima rawatan serta senarai perubatan (perlantikan baru dan penamatan pekerja).
  • Menghantar satu salinan 'Perakuan Perbadanan' / dan satu salinan Borang 49 - Senarai Ahli Lembaga Pengarah dan Setiasusaha syarikat yang terkini.
  • Nama orang yang dihubungi tentang urusan kemudahan perubatan dan pembayaran. Membekalkan 'chit perubatan' syarikat atau surat pengenalan atau contoh kad pekerja (jika ada).


  • Setelah Perlantikan Disetujuterima:-
  • Bil atau invois rawatan perubatan akan dihantarkan setiap awal bulan berserta dengan 'chit perubatan', surat jaminan atau laporan perubatan.
  • Bil-bil hendaklah dijelaskan dalam masa 60 hari dari tarikh bil/invois dikeluarkan. Cek bayaran hendaklah ditulis diatas nama 'Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd.' dan diposkan secara berdaftar atau kurier ke Pengurus syarikat.
  • Pihak syarikat berhak menggantung / menamatkan kemudahan kredit sekiranya bil atau invois perubatan yang dituntut tidak dibayar dalam tempoh masa kredit yang ditetapkan.
2. Borang Permohonan Kredit
Jika pihak anda ingin memohon menjadi pelanggan kredit kepada Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd., anda perlu mengisikan Borang Permohonan Pelanggan Kredit. Anda boleh poskan borang permohonan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang dikehendaki ke B-40 & 42, Jalan Dato’ Lim Hoe Lek, 25250 Kuantan, Pahang.

Jenis Borang
Butiran
Borang Permohonan Kredit
Klik Di Sini Untuk Muat Turun
Microsoft Words Document
Saiz: 87KB


3. Surat Jaminan
Surat jaminan yang sah diperlukan bagi setiap rawatan kredit pesakit dalam seperti rawatan bersalin, rawatan mengandung, fototerapi dan sebagainya. Ini adalah bertujuan sebagai pengesahan bayaran dari majikan dan kelayakan hospitalisasi.

4. Deposit atau Wang pendahuluan Rawatan
Bagi setiap rawatan tunai pesakit dalam, wang pendahuluan rawatan hendaklah dibayar sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya di dalam wad. Berikut adalah jumlah wang pendahuluan yang ditetapkan;

  • Rawatan Bersalin Biasa - RM 700
  • Rawatan Bersalin Pembedahan - RM 2000
  • Rawatan Bersalin D & C - RM 200
  • Rawatan Fototerapi - RM 200
  • Lain-lain Rawatan - 40% dari jumlah besar rawatan