Info Terkini

Hospital Baru Dibuka Pada 2008
September 2006 - Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd. masih dalam perancangan untuk membuka sebuah hospital bersalin baru yang bercirikan Islam yang lebih besar dari yang sedia ada dan juga bercadang untuk menambahkan beberapa perkhidmatan perubatan untuk pelanggan kami dan amnya kepada masyarakat setempat di Negeri Pahang Darul Makmur. Usaha murni ini dijayakan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Pembinaan hospital baru ini dijangka siap dan beroperasi pada awal tahun 2008.

.........................................................................................................................................

Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya Aidilfitri 1427 Hijrah
Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd. mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
.........................................................................................................................................
31hb Ogos 2006
Pusat Rawatan Keluarga MUIP Sdn. Bhd. (PRK) mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan ke 49 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga dengan sambutan kali ini mampu melahirkan rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.